Saturday 20 April 2013

cara menulis rancangan pelajaran harian matematik (linus)


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 2

Kelas                               :      Tahun 2 Nilam
Tajuk                               :      Tambah Dalam Lingkungan 1000
Masa                               :       60 minit  ( 8:05 – 9:05)
Standard  Pembelajaran   :        2.1 (i)
Objektif Pembelajaran     :        Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
                                       a)      Menambah sebarang dua nombor hingga tiga digit tanpa mengumpul semula.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran  :
Murid Perdana
 1.                  Murid  menyebut nilai tempat dengan betul.
 2.                  Murid  dibahagikan kepada 8 kumpulan.
 3.                  Murid diberi satu set  soalan yang mempunyai pelbagai kombinasi nombor.
 4.                  Setiap kumpulan perlu menjawab soalan dalam masa yang ditetapkan.
 5.                  Setiap kumpulan menunjukkan hasil jawapan. Satu kumpulan satu soalan yg berbeza.
 6.                  Perbincangan antara guru dan murid jika terdapat kesilapan dari segi susunan nilai tempat dan    pengiraaan.
Murid Linus
1.                   Murid dibimbing menyusun angka pada nilai tempat yang betul.
2.                   Murid dibimbing menambah dua nombor dengan:
·         Menggunakan pembilang
·         Melukis pembilang
               
Elemen Merentas Kurikulum (EMK)  :
·         Kreativiti  - melukis
·         Perbendaharaan kata merujuk situasi tambah

Bahan Bantu Mengajar :   Lembaran kerja, pembilang

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran :
Penilaian melalui pemerhatian semasa p&p , perbincangan dan lembaran kerja.

Refleksi  :
Arus perdana –  35/35 murid dapat menguasai dan mencapai objektif pembelajaran.
Linus – 2/3 murid masih memerlukan bimbingan.

lagu matematik